Skip to content
Account

Cara penggunaan Innai Nunha

Terima kasih atas pembelian Innai Nunha 

First time pakai inai? Perfect. Panduan ni memang  ditulis untuk bantu anda.

Beberapa minit persediaan

Set kan masa selama 45 ke 60 minit, pastikan waktu ini tangan anda tak digunakan untuk buat apa-apa yang boleh menganggu proses lekat innai.

Sediakan: 

  • Kuku yang bersih dan kering. Buang polish atau minyak dulu, lepas tu basuh dan lap tangan sampai kering.
  • Tisu atau kain lembut, letak sebelah.
  • Tempat duduk yang selesa. Kuku you kena rest, tak boleh disentuh masa warna tengah menyerap.

Tip: Potong dan shape kuku dulu tau. Warna inai akan ikut bentuk yang you bagi.

Innai Nunha | Bagaimana warna mendap

Bagaimana warna mendap

Inai segar memang bermula cerah.

Jangan risau jika kuku anda kelihatan pucat atau jingga sebaik sahaja pes dibersihkan. Begitulah sifat inai semula jadi.

Jam pertama

Warna jingga yang lembut

Selepas 24 jam

Warna semakin pekat

Selepas 48 jam

Warna penuh yang sudah mendap

Inai semula jadi tidak berkelakuan seperti cat kuku. Setiap kuku menyerap warna dengan sedikit berbeza, dan itulah yang menjadikan warna anda milik anda sepenuhnya.

Jom lihat macam mana cara penggunaan innai nunha secara teliti

Nak warna tahan lama?

Kalau jaga elok elok, warna Innai you boleh tahan 2 hingga 4 minggu, pudar dengan cantik ikut kuku you tumbuh.

  • Jangan rendam tangan dalam air untuk 12 jam pertama ya.
  • Pakai sarung tangan bila guna produk pencuci.
  • Sekali sekala, titikkan sedikit minyak asli atas kuku supaya warna kekal cantik.

Warna ni akan tumbuh keluar sekali dengan kuku you.

Soalan yang selalu ditanya
Kenapa warna I nampak oren atau cerah? Plus

Normal sangat tu. Inai asli memang start cerah dan jadi pekat dalam masa 24 hingga 48 jam. Bagi dia masa sehari dulu sebelum you judge warnanya ya.

Berapa lama warna tahan? Plus

Biasanya 2 hingga 4 minggu. Dia pudar perlahan dan sekata ikut kuku tumbuh. Takde chipping, takde peeling.

Innai ni natural ke? Boleh buat solat ke? Plus

Innai dibuat daripada daun inai tulen, tanpa sebarang bahan kimia tambahan. Innai nunha juga terbukti telap air dan sah solat

Boleh guna masa mengandung? Plus

Inai asli secara umumnya selamat, tapi kami tetap syorkan anda check dengan doktor dulu ya, sama macam benda lain masa mengandung.

Terkena kulit sekeliling kuku, macam mana? Plus

Jangan risau. Kesan pada kulit akan pudar sendiri dalam beberapa hari. Nak cepat sikit, gosok perlahan dengan sedikit minyak atau exfoliate ringan. Untuk elak lain kali, sapu nipis balm atau minyak pada kulit sekeliling kuku sebelum apply.

Boleh sapu atas nail polish? Plus

Tak boleh ya. Inai perlukan kuku yang bare untuk menyerap warna. Buang semua polish dulu sebelum apply.

Macam mana nak buang warnanya? Plus

Inai tak boleh dilap macam polish. Dia pudar sendiri bila kuku tumbuh. Kalau nak hilang lebih cepat, buff permukaan kuku perlahan lahan dan warna akan jadi lembut.