Cara penggunaan Innai Nunha
Terima kasih atas pembelian Innai Nunha
First time pakai inai? Perfect. Panduan ni memang ditulis untuk bantu anda.
Beberapa minit persediaan
Set kan masa selama 45 ke 60 minit, pastikan waktu ini tangan anda tak digunakan untuk buat apa-apa yang boleh menganggu proses lekat innai.
Sediakan:
- Kuku yang bersih dan kering. Buang polish atau minyak dulu, lepas tu basuh dan lap tangan sampai kering.
- Tisu atau kain lembut, letak sebelah.
- Tempat duduk yang selesa. Kuku you kena rest, tak boleh disentuh masa warna tengah menyerap.
Tip: Potong dan shape kuku dulu tau. Warna inai akan ikut bentuk yang you bagi.
Bagaimana warna mendap
Inai segar memang bermula cerah.
Jangan risau jika kuku anda kelihatan pucat atau jingga sebaik sahaja pes dibersihkan. Begitulah sifat inai semula jadi.
Jam pertama
Warna jingga yang lembut
Selepas 24 jam
Warna semakin pekat
Selepas 48 jam
Warna penuh yang sudah mendap
Inai semula jadi tidak berkelakuan seperti cat kuku. Setiap kuku menyerap warna dengan sedikit berbeza, dan itulah yang menjadikan warna anda milik anda sepenuhnya.